Monday, April 29, 2013

LUKISAN MURAL UNTUK HOSPITAL DAN KLINIK-KLINIK PERUBATAN

the thinking artist
Lukisan Mural Oleh FINE ARTS KL , Untuk Institusi Perubatan Di Malaysia:

Adalah menjadi pra syarat JKR dan Kementerian Perubatan kepada kontrator utamanya untuk membekalkan lukisan mural pada wad kanak-kanak di setiap Hospital dan klinik kerajaan baru di tanah air.

Mural amatlah indah dipandang. Para pesakit yang mengunjungi institusi-institusi perubatan di negara pasti gembira melihat keindahan Mural yang dipaparkan pada sesebuah dinding . Warna-warnanya yang anggun, berwarna-warni pasti menghiburkan hati para pesakit.

Spesifikasi lukisan-lukisan mural untuk Hospital dan Klinik-klinik kerajaan amat tinggi sekali. Cat yang digunakan pada dinding dan lantai hospital seringkali merupakan cat epoxy yang berdaya tahan tinggi. Untuk melukis mural pada cat primer epoxy pula, kemahiran dan pengetahuan spesifik diperlukan.

Di FINEARTS KL, kami sudah lama membekalkan perkhidmatan kami untuk mereka bentuk, melukis dan menyelenggarakan lukisan-lukisan Mural dan Graffiti di institusi perubatan baru di negara.

Kami arif dengan spesifikasi cat, teknik dan peraturan-peraturan yang ditentukan oleh badan-badan berkuasa seperti JKR dan lain-lain . Cat yang digunakan adalah jenis yang tidak berbau, berdaya tahan tinggi serta daripada jenis yang boleh dilap. Kami pula mempunyai hubungan erat dengan pembekal cat seperti Jotun Majestic, Nippon, Dulux , ICI dan lain-lain. Seringkali para penasihat; `colour consultants', daripada jenama-jenama tersebut turut hadir ketika kerja-kerja melukis mural dilakukan.


 Imej-imej yang dipaparkan diatas merupakan beberapa contoh lukisan mural yang dilukis di projek Hospital Tampin di Melaka. Kontraktor utamanya adalah FajarBaru Berhad. Cat lantai serta dindingnya di cat dengan cat epoxy . Kaedah yang digunakan pada ketika itu adalah dengan menggunakan Air-Brushing.

Kaedah Air-Brusing adalah suatu kaedah yang cukup bersih serta cepat. Ianya satu-satunya kaedah yang boleh digunakan pada dinding bercat primer epoxy kerana daya lekatannya tinggi. Impaknya pula amat dikagumi kerana lukisan serta corak yang direkabentunk dengan Air-brusing dikatakan senang timbul.













Imej-imej yang dipaparkan diatas pula diambil daripada rekaan kita di sebuah lagi institusi perubatan baru di Pantai Timur . Di sini, Kontraktor Utamanya adalah Ahmad Zaki Berhad . Teknik yang digunakan disini adalah Hybrid dimana, kaedah, lukisan tangan, spray canning dan Air Brushing digunakan .

Hubungi kami ditalian:
FINE ARTS KL 
03-22890775 / 014-6417833 untuk sebarang persoalan.

https://www.facebook.com/fineartskl

No comments:

Post a Comment